Friday, December 13, 2013

Menjaga hati


Kalau nak tahu, bila bayangkan hati aku, aku selalu bayangkan macam bulan. Bukan, bukan bulan berseri cerah gemilang terbilang yang pungguk rindukan tu. Ini bulan yang berdebu, berlubang, berkawah-kawah dan yang paling penting, bulan yang bulat. Hati sebenarnya antara organ terbesar dalam badan kita. Bebel info fisiologi sikit boleh kan? Selalu orang sebut hati padahal nak maksudkan jantung. Ok takpe kita ikut pemahaman orang ramai. 

Kenapa bulan? Kenapa bulat? Kenapa bukan heart-shaped macam selalu orang lukis setiap kali bagi kad atau sebelah tandatangan konon comel tu? 

Sebab hati aku selalu berbolak balik. 

Penat bila ada hati macam ni. Sentiasa goyang. Kena angin sikit, terus goyah. Golek. Golek sikit patah balik takpe jugak. Takut kalau golek jauh, dan sampai tempat yang tak sepatutnya. Hujung dunia misalnya. Tepi tebing. Bila-bila masa sahaja boleh jatuh. Hai hati yang bulat. 

Wahai hati, anda kan jenis memilih, jadi bila anda buat keputusan untuk jatuh, tolong pilih tempat yang terbaik. Sebab kadang-kadang dah jatuh susah nak bangun balik. Anda pulak keras macam batu. Jatuh tempat keras, boleh pecah seribu. Tapi mujur sel hati boleh tumbuh balik (fisiologi). Sedikit harapan di situ.

Berdebu.

Berlubang-lubang.

Penuh titik hitam.

Kotor.

Jeles dengan sesetengah orang, Hati mereka suci. Bila hati suci, pandangan pon ikut sama bersih. Hidup gembira. Aku tengah berusaha bersihkan hati kotor ni. Penat, kadang-kadang dah sapu, lepas tu main debu lagi. Sapu, kotor balik. Tapi dengan izinNya, aku tak boleh berhenti mencuba. Dia benci orang yang putus asa. Aku nak masuk golongan yang Dia cinta, bukan yang dibenci.

Doakan hati yang bulat ini.
Semoga bulat bulan setia pada buminya, bukan bulat bergolek sini sana.
Semoga bersinar bagai purnama, tak nampak lagi kawah debunya.





Aku dah buat blog ni macam diari. Sigh. 

1 comment:

Anonymous said...

Hati-hatilah wahai hati.

P/s: out of topic, ak terbayang cerita dulu2x, ade benda bulat, tapi tajam2x, byk2x, golek2x kacau manusia. tak igt movie ape.

sora.