Baru sahaja tahun lepas Tok Wan ku pergi meninggalkan kami. Aku juga yang ada pada waktu itu. Aku antara yang menjadi saksi. Malah turut mengesahkan sewaktu di rumah kerana aku kononnya kerja bidang kesihatan, lebih berpengetahuan. Nak tahu perkara paling aku tak suka? Inilah. Menghadapi saat seperti ini. Kini giliran Atuk pula.
Peristiwa hari itu. Ayah bawa kereta. Emak di depan. Aku memangku Atuk di belakang. Aku seakan tidak mahu cerita tentang ini kerana semakin aku menaip semakin mataku kabur. Tapi memori ini berharga. Nafas Atuk semakin kencang, maka Ayah mengajar Atuk mengucap syahadah. Alhamdulillah, Atuk mengucap syahadah walau tercungap-cungap. Deras. Tetapi beberapa minit sebelum sampai di hospital, aku perasan Atuk tidak lagi tercungap. Hanya dadanya bergerak perlahan.
"Emak.." perlahan aku memanggil Emak. Bimbang. Aku menyedapkan hati, mungkin Atuk pengsan kerana terlalu penat. Seperti yang pernah terjadi sebelum ini. Emak pesan supaya aku mengajar Atuk mengucap syahadah.
"Lailahaillah pon cukup," kata Ayah yang semakin laju memandu.
Lalu kalimah itulah yang aku bisik berulang-ulang kali ke telinga Atuk. Sambil itu aku perhatikan gerak dadanya. Sampai satu masa, tiada lagi pergerakan yang aku lihat. Aku panik. Aku panggil Atuk berkali-kali. Aku pegang mukanya. Aku rasa nadinya. Di tangan. Di leher. Aku letakkan jari di hidungnya untuk merasa nafas. Aku letakkan telinga di dadanya untuk sebarang bunyi degupan. Sampai saat ini aku tidak tertahan lagi. Terus menggeletar suaraku memanggil Emak.
Sampai kami di hospital. Doktor membuat pengesahan.
Sesungguhnya kita milik Allah dan kepadaNya lah kita kembali.
Ya Allah, ampunilah dia, kasihilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah tempatnya, luaskanlah tempat masuknya, mandikanlah dia dengan air, salju dan embun. Sucikanlah dia dari segala kesalahan sebagaimana pakaian disucikan dari najis. Gantikan untuknya rumah yang lebih baik dari rumahnya, gantikan untuknya keluarga yang lebih baik dari keluarganya, gantikan untuknya isteri (pasangan) yang lebih baik dari pasangannya. Masukkanlah ke dalam surga dan lindungilah dia dari azab kubur dan azab neraka.
Al-fatihah dan doa untuk arwah Atuk.
Kata orang alah bisa tegal biasa.
Aku takut kehilangan rasa.

3 comments:
Do not stand at my grave and weep,
I am not there; I do not sleep.
I am a thousand winds that blow,
I am the diamond glints on snow,
I am the sun on ripened grain,
I am the gentle autumn rain.
When you awaken in the morning’s hush
I am the swift uplifting rush
Of quiet birds in circling flight.
I am the soft starlight at night.
Do not stand at my grave and cry,
I am not there; I did not die.
Mary Elizabeth Frye
Thanks! :)
amin- emak
Post a Comment