A lot of people had posted this video on facebook but I feel like sharing it here just in case you guys haven't seen it.
Selalu orang kata, bersedekahlah. Boleh tolong orang. Kesian kat orang yang kurang bernasib baik. Kita ni terlebih-lebih bernasib baik. Semua serba cukup.
Tapi aku rasa sebab tolong orang tu bukan sebab yang utama. Rezeki masing-masing Allah yang bagi, Allah yang jaga.
"Sesungguhnya Tuhanmu melapangkan rezeki kepada siapa yang Dia kehendaki dan menyempitkannya; sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya." 17:30
Bukan kita pemberi rezeki. Tolong jangan perasan please. Kita tiada daya upaya. Langsung. Jadi bukan ke kita bersedekah sebenarnya untuk tolong diri kita?
Sedekah ni yang aku tengok macam satu pembebasan. Pembebasan jiwa. Kita tak perasan, kita selalu letak dunia dalam hati. Dunia tempatnya hanya di tangan, bukan di hati. Sayang sangat harta benda dunia. Lokek betul. Susah sangat nak keluar duit kalau tak dapat apa-apa in return, macamlah duit tu kita punya. Astaghfirullahalazim. Milik Allah segalanya di langit dan di bumi. Semuanya.
Teringat pernah kat Petronas dengan AZ adikku, tengah isi minyak datang seorang lelaki gelap, berjambang dengan baju yang lusuh minta sedekah. AZ tanya kenapa tak kerja, nampak sihat. Dia tunjuk tangan kiri yang cacat, kata tak ada orang nak ambil kerja. AZ bebel lagi, kata kerja angkat sampah pon jadi lah. Aku tak pasti, macam rasa betul jugak cakap AZ tapi mungkin betul jugak kata lelaki tu. Mungkin betul dia dah usaha cari kerja tapi orang tak nak ambil kerja. Apa-apa pon sebab nak kejar masa, aku bagi AZ sikit duit untuk bagi lelaki tu. AZ ambil, tambah duit dia dan bagi lelaki tu. Aik, kenapa baik hati sangat adik aku ni.
Lepas tu aku tanya AZ, kenapa tambah duit? AZ kata, ustaz kata kalau nak sedekah tu, biarlah dalam amount yang terasa kesannya. Faham tak? Aku rasa ada betulnya cakap ustaz tu. Contohnya kalau setakat seringgit dua yang kita selalu letak sepah-sepah kalau hilang pon tak kisah tu, buat apa. InsyaAllah ada jugak kebaikannya sedekah walau seringgit dua, tapi lagi better kalau kita bersedekah dalam kuantiti yang kita rasa berat nak bagi.
Banyak ke sikit sedekah sebenarnya tak kisah. Contohnya macam ni. Ada orang duit berjuta dalam bank, sedekah setakat rm1000 memanglah no problem. Ada orang tinggal rm20 je, tapi sanggup sedekah rm10. Orang yang ada sikit, tapi berani bersedekah, menunjukkan keseriusan dia dalam beramal.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya:
"Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw., lalu dia bertanya:
"Ya, Rasulullah! Sedekah bagaimanakah yang besar pahalanya?"
Jawab Rasulullah saw.,
"Sedekah ketika anda sedang sihat, ketika anda sedang kikir, takut miskin, ketika anda sedang mengharap-harap akan menjadi seorang hartawan yang kaya-raya; maka pada saat-saat seperti itu janganlah anda lalai, bersedekahlah.
Dan janganlah ditangguhkan sehingganya nyawa anda telah sampai di kerongkong, barulah anda bahagi-bahagikan sedekah anda, ini untuk si Fulan, ini untuk si Fulan. Dan ingatlah, sesungguhnya harta itu memang untuk si Fulan."
(H.R. Bukhari & Muslim)
Semoga Allah menerima semua amalan kita.
No comments:
Post a Comment