A: Cepatnya masa berlalu.. (sambil tengok jam)Rasa nak menyampuk, tapi orang tua bersembang tak baik menyampuk kalau mengikut adatnya. Lagipon tak kenal, saya kan pemalu. Hee.
B: Dah nak puasa dah.
A: Cepat masa berlalu, tak cukup amal lagi ni.
B: Sama lah, saya pon tak cukup lagi.
A: Kerja je dah 8 jam sehari, mana nak cukup amal.
Islam is a lifestyle, it's everything. Islam bukan hanya terletak pada solat, puasa, zakat, etc. Kerja, makan, tidur pon boleh jadi ibadah. Yang penting niat. But of course, kerja pon kenalah menepati hukum syarak, yang diredhai Allah.
Sebab tu buat apa pon, niat kerana Allah. Ruginya kalau tak niat keranaNya, semua jadi sia-sia.
Dalam hadis daripada Umar bin al-Khattab r.a, beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya setiap amalan itu hanya dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang hanya mendapat balasan mengikut apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah untuk mencari duniawi atau untuk mendapatkan wanita yang ingin dikahwini, maka (pahala) hijrahnya itu mengikut niatnya.” (Riwayat al-Bukhari).Hmm, masyarakat dah biasa kaitkan agama hanya dengan hal fekah, syariat sahaja sedangkan agama tu cara hidup. Al-Quran sebagai guideline, Rasulullah S.A.W sebagai cikgu, contoh terbaik untuk kita ikut. Kat sinilah silapnya kita. Agama umumnya hanya dianggap sebagai salah satu subjek yang kena score A dalam exam. Aku macam tu lah dulu. Ingat lagi bila fail agama first test Tingkatan 1, ayah tanya, "Awak ni Islam ke tak?" Haha.
Entah sejak bila, Alhamdulillah diberi kefahaman sikit pasal Islam. Taklah study agama hanya untuk pass exam je. Sebab tu nak bagitahu, sebab dulu aku tak tahu. Rasa dia macam bila Air Asia ke MAS ke ada sale murah. Kena bagitahu orang. Kot-kot la ada orang lain yang tak tahu.
Sekarang dalam proses nak tahu lagi, nak faham lagi. It is not about just a religion. We are talking about life, the reason of our existence, our Creator. I don't feel right that we often take this matter lightly. Ala kadar je. Padahal itulah segalanya.
Tak dapat bebel kat makcik surau, bebel sini pulak. Haha.
Hmm. Tak kisahlah. Semoga bermanfaat. :)
No comments:
Post a Comment