How to cut loose?
6:32

A: Cepatnya masa berlalu.. (sambil tengok jam)Rasa nak menyampuk, tapi orang tua bersembang tak baik menyampuk kalau mengikut adatnya. Lagipon tak kenal, saya kan pemalu. Hee.
B: Dah nak puasa dah.
A: Cepat masa berlalu, tak cukup amal lagi ni.
B: Sama lah, saya pon tak cukup lagi.
A: Kerja je dah 8 jam sehari, mana nak cukup amal.
“Sesungguhnya setiap amalan itu hanya dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang hanya mendapat balasan mengikut apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah untuk mencari duniawi atau untuk mendapatkan wanita yang ingin dikahwini, maka (pahala) hijrahnya itu mengikut niatnya.” (Riwayat al-Bukhari).Hmm, masyarakat dah biasa kaitkan agama hanya dengan hal fekah, syariat sahaja sedangkan agama tu cara hidup. Al-Quran sebagai guideline, Rasulullah S.A.W sebagai cikgu, contoh terbaik untuk kita ikut. Kat sinilah silapnya kita. Agama umumnya hanya dianggap sebagai salah satu subjek yang kena score A dalam exam. Aku macam tu lah dulu. Ingat lagi bila fail agama first test Tingkatan 1, ayah tanya, "Awak ni Islam ke tak?" Haha.
"The closest thing to a man is death." - Imam Al-Ghazali