Pada Hari Raya Aidiladha yang lalu (rasa macam karangan BM dulu kan), aku dikerah supaya menemani Wan untuk melihat lembu dikorbankan. Wan ada sedikit bahagian dalam korban pada tahun ini, maka dia nak pergi tengok. Kenapa?
Sabda Rasulullah S.A.W:
"Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu". - (al-Bazzar dan Ibnu Hibban)
Lembu ada 4 ekor untuk 4 kumpulan. Tengok list nama dulu.
Bagilah adik pegang camera lagi. Bontot lembu yang menjadi pilihan.
Ni lembu paling gemuk. Serius. Yang lain keding-keding.
Oleh kerana takut ada yang pengsan tengok gambar darah memancut, maka terpaksa skip terus ke part melapah. Kalau ada permintaan, video penyembelihan pon ada ni boleh letak.
Sekian, tamat aktiviti korban.
Sehari kemudian,
Macamlah tepi pantai kan. Nak minum air kelapalah apa lah.
Yang kurang kufahami sejak bila pulak raya haji orang kumpul duit raya. Sampai hari ni pon budak-budak datang, aku bangun pagi belum mandi pon lagi dah kena layan mereka ini.
Oh aku ingat aku akan takut or kesian tengok lembu kena sembelih tapi tiba-tiba tak takut pon. Kena ingat tujuan mereka disembelih. Oh kalau kesian tak dapat makan pulak tu. Rugi betul. Masa tengok tu aku fikir, susah jugak nak sembelih lembu ni, sampai kena 5-6 orang. Macam mana orang buat hari-hari untuk daging yang dijual kat pasar tu? Aku serius tak tahu cara mudah nak pastikan lembu tu duduk diam. Paling-paling pon aku terfikir lembu tu masuk dalam bilik sempit jadi dia tak boleh gerak, pastu kepala je keluar. Pastu potong jelah. Dapat bayangkan tak? Tapi sunat membaringkan binatang di rusuk kiri. Err, rasa macam kena pergi slaughterhouse pulak. Baru tau.
Ada banyak hikmah dan fadhilat berkorban ni, tapi tak buat research lagi sebab malas. Lain kali lah.
Oh saja tukar style blogging. No reason. I am random. Haha.
No comments:
Post a Comment