Tiap-tiap pagi mahu ke kerja mesti terjumpa anda selepas exit dari lebuhraya. Adakah anda juga bekerja di BM? Anda tahu tak anda dulu merupakan kereta idaman saya, ya, dengan warna kuning menawan itu. Asyik terjumpa setiap pagi, adakah kita keluar pada waktu yang sama?
Atau, adakah ini jodoh?
Tetapi anda begitu laju memecut, tak terkejarlah saya, kecuali apabila kereta penuh di jalan yang kecil itu. Saya dan anda sama-sama berebut mahu ke hadapan. Bersaing. Akan tetapi anda memang tak akan perasankan saya, saya hanyalah Nissan biasa.
Saya faham anda tak akan sanggup menunggu saya, mungkin kerana ada yang lebih penting yang anda harus kejar. Masa punch card misalannya. Saya hanya mampu melihat anda dari belakang, pergi bergerak semakin jauh. Lagipun kini, anda bukan lagi pilihan utama saya, kerana pintumu yang hanya dua.
Si Kumbang Kuning, andai kata kita berjumpa lagi, saya harap anda bersabar jika saya berada di hadapan anda, sebagaimana sabarnya saya ketika melihat anda memecut laju meninggalkan saya.
Yang Ikhlas,
Nissan biasa.
Psst: Malaysians should learn to mind their own business. I almost hit the back of a car because it suddenly slowed down to watch another car involved in an accident at the other side of the highway! Dah tahu kat lorong laju, janganlah tiba-tiba suka hati je nak berhenti/perlahan. Kat highway, hujan pulak tu. Memang 1cm lagi je keretaku nak mencium keretamu. Kurangkanlah jaga tepi kain orang unnecessarily.

2 comments:
pemandu malaysia memang 'baik hati' over-concern
pastu motor pulak suka buat macam jalan dia kan. bawak tengah2 jalan pastu kiri kanan sesuka hati. sabo jela. aku memang nak driver. hahaha
Post a Comment